Tahukah anda kenapa lebah menghasilkan madunya melebihi keperluan yang mereka perlukan? Pernahkah Anda tertanya-tanya mengapa sarang lebah berbentuk heksagon, bukan oktagon atau pentagon?Ilmuan matematik yang mencari jawapan pertanyaan itu mencapai kesimpulan menarik: "Heksagon adalah bentuk geometri paling tepat untuk penggunaan maksimum suatu ruang."Sel berbentuk heksagon memerlukan jumlah lilitan minimum, tetapi mampu menyimpan madu dalam jumlah maksimum. Jadi, lebah menggunakan struktur sarang yang paling tepat...
Tahukah anda mamalia perlu bernafas dengan teratur,ini disebabkan air bukanlah habitat yang tepat untuk mamalia. Namun sebagai mamalia laut,ikan paus mengatasi masalah ini dengan sistem pernafasan yang jauh lebih efisien dibandingkan kebanyakan haiwan di darat.Ikan Paus menghembuskan nafas dengan mengeluarkan 90% udara yang digunanya. Jadi ikan paus hanya perlu bernafas sekali-sekali. Pada masa yang sama, zat pekat yang dimilikinya yang disebut "mioglobin" membantunya menyimpan oksigen dalam otot. Dengan bantuan sistem ini, paus gin-back, misalnya, dapat menyelam hingga kedalaman 500 meter dan berenang selama 40minit tanpa bernafas sama sekali.4 Tidak seperti mamalia darat, lubang hidung ikan paus terletak di punggungnya agar ia mudah bernafas.
Tahukah anda kita selalu berfikir bahawa nyamuk adalah serangga terbang.Sebenarnya, nyamuk menghabiskan tahap perkembangannya di dalam air dan keluar dari air melalui sebuah "rancangan" luar biasa, lengkap dengan seluruh organ yang diperlukan.Nyamuk terbang dengan sistem-sistem penghindraan khusus yang mencium lokasi mangsanya berada. Dengan sistem-sistem ini, nyamuk menyamai pesawat tempur yang bersenjatakan alat pengesan,gas, kelembapan dan bau.Nyamuk juga bahkan mampu "melihat sesuai dengan suhu", yang membantunya menemukan mangsa dalam kegelapan.Teknik "penghisapan darah" pada nyamuk menggunakan sistem yang sangat kompleks. Dengan sistem enam pisaunya, nyamuk memotong kulit seperti gergaji. Saat pemotongan kulit berlaku, dikeluarkannya cecair pada luka yang membuatkan jaringan sel rasa mati, sehingga orang yang digigit tidak menyedari bahawa darahnya sedang diisap.Cecair ini juga mencegah pembekuan darah dan menjamin kesinambungan proses penghisapan.
No comments:
Post a Comment
comment are welcome!!!