TOP PAGES

TRANSLATE

13 February, 2013

BLOG..SUMBER PENDAPATAN?



As-salam wbt..tahukah anda semua apa fungsi laman web/blog ini?Sebenarnya banyak perkara-perkara baik atau menguntungkan boleh kita dapat melalui pembuatan sesebuah laman blog ini.Ada orang buat blog untuk mencurahkan isi hati,ada juga sekadar melepaskan batuk ditangga..ketandusan idea untuk menghasilkan apa-apa sahaja maklumat atau artikel yang bermanfaat untuk diri sendiri hatta audiens..Salah satu fungsi blog adalah untuk mendapatkan sumber pendapatan aktif.Maksudnya disini "buat kerja sekali sahaja tetapi mendapat bayaran tanpa henti"istilah ini sangat sesuai untuk para blogger sekalian.
Macamana hendak buat benda-benda macam ini menjadi realiti?

Pengiklanan Produk menggunakan Blog dan web

Dalam industri pemasaran internet, menghasilkan laman blog adalah salah satu cara yang paling mujarab yang digunakan oleh peniaga internet. Selain daripada saluran lain di mana iklan boleh dilakukan,laman blog juga dilihat sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan senjata pengiklanan..Laman blog menjadi platform buatan sendiri di mana anda boleh mengiklankan dan mempromosikan produk.Dianggap sebagai salah satu cara yang paling efektif dan berkesan tanpa memerlukan modal atau kos yang besar.Ini kerana kita tidak perlu berurusan dengan pihak ketiga atau (third party )untuk memasarkan iklan kita dan mereka bentuk kandungan laman blog kita.

Di zaman sekarang kebanyakkan anak-anak muda sudah pandai mereka bentuk kandungan laman blog sendiri.Dengan teknologi masa kini rasanya tidak perlu kita mengupah pakar designer untuk edit dan setting blog kita.Berkenaan kandungan yang diletakkan ke laman blog, anda mungkin tidak memerlukan seorang penulis untuk meletakkan sesuatu artikel atau berita didalam laman blog anda..Jika anda mempunyai minat untuk menulis apa-apa sahaja artikel mengenai kesihatan,pendidikan,teknologi,hiburan,sains dan sejarah,atau anda boleh menggunakannya sebagai platform mencurahkan idea peribadi anda sendiri.

Sekiranya anda mahu mengoptimumkan trafik laman blog anda dikacamata pembaca dan enjin carian, anda boleh melibatkan diri ke dalam blog ping percuma atau berbayar yang membolehkan setiap kali anda update artikel atau apa sahaja blog anda akan dihantar kepada direct server blog ping itu dan ini membolehkan laman blog anda akan mudah untuk dicari dan mudah juga dijumpai..Laman blog juga sebenarnya sangat berpotensi untuk anda menyasarkan iklan atau perniagaan anda kepada golongan sasar selaras dengan kandungan iklan dan artikel berkaitan didalam laman blog anda....

No comments:

Post a Comment

comment are welcome!!!