TOP PAGES

TRANSLATE

16 February, 2013

Nasihat Untuk Anda


Anda hanya dekat dengan mereka yang anda
sukai. Dan seringkali anda mengelak orang
yang tidak tidak anda sukai, padahal dari dialah
Anda akan mengenal sudut pandang yang baru

Orang-orang yang berhenti belajar akan menjadi
pemilik masa lalu. Orang-orang yang masih terus
belajar, akan menjadi pemilik masa depan

Tinggalkanlah kesenangan yang menghalangi
pencapaian kecemerlangan hidup yang di
idamkan. Dan berhati-hatilah, karena beberapa
kesenangan adalah cara gembira menuju
kegagalan

Jangan menolak perubahan hanya karena anda
takut kehilangan yang telah dimiliki, karena
dengannya anda merendahkan nilai yang boleh
anda capai melalui perubahan itu

Jangan pernah merobohkan pagar tanpa mengetahui
mengapa didirikan. Jangan pernah mengabaikan
tuntunan kebaikan tanpa mengetahui keburukan
yang anda akan dapat kemudian

Tidak ada harga atas waktu, tapi waktu sangat
berharga. Memilik waktu tidak menjadikan kita
kaya, tetapi menggunakannya dengan baik
adalah sumber dari semua kekayaan




Tahukah anda


Rangkaian internet bermula pada tahun 1969,rangakaian pertama dibangunkan oleh ARPA atau singkatan dari (united states department of defenseadvance research project agensi) rangkaian pertama dibangunkan ini adalah ARPANET,penyelidikan ARPA telah menyumbang antaranya kaedah rangkaian tanpa pusat ( decentralised network),teori queueing,dan kaedah pertukaran packet switching,pada 1 januari 1983 ARPANET telah menukar protokol rangkaian pusatnya,dari NCP(Network Control Protokol),kepada TCP/IP..Ini merupakan protokol awal internet yang kita kenal pada hari ini..NCP adalah protokol yang beroperasi di atas Protokol Point-to-Point (PPP) dan digunakan untuk merundingkan pilihan untuk protokol lapisan rangkaian ncP.TCP / IP (Transmission Control Protocol / Internet Protocol) adalah bahasa komunikasi asas atau protokol Internet. Ia juga boleh digunakan sebagai protokol komunikasi dalam rangkaian persendirian (sama ada intranet atau ekstranet).

Pada tarikh 4hb September 1956 IBM memperkenalkan hard disk pertama di dunia. Hard disk berukuran dua pintu sejuk itu  harganya bernilai $250.000 dengan memori 5 MB, atau hanya cukup untuk menyimpan satu lagu dalam format MP3. Bandingkan dengan hardisk zaman sekarang ada yang sekecil 0,6 cm dengan ruangan memori 400 GB!


Tahukah Anda


  • Sebelum Masihi  dalam bahasa inggeris adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)
  • Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000bentuk setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam
  • Julius Caesar terkorban dengan 23 tikaman
  • Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
  • 98% dari mangsa perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga terdekat dan kawan terdekat
  • Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya
  • Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana
  • Titik diatas huruf i disebut 'title'
  • Benjamin Franklin anak bongsu dari ayah bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu
  • Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada nombor 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakutan pada hari jumat 13 haribulan  ( terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali,17 adalah nombor sial. di Jepun 4 adalah nombor sial
  • Mulut menghasilkan 1 liter air liur dalam sehari 
  • Manusia bernafas kira-kira 23.000 kali sehari
  • Kata ZIP (kod pos) adalah singkatan dari 'Zoning Improvement Plan"
  • Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sehingga tahun 1903.
  • Purat manusia bercakap 5000 patah perkataan sehari (80% darinya adalah bercakap dengan diri sendiri)
  • Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino
  • Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari.wanita 70 helai.
  • Tanda 'save' pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik
  • Unta mempunyai 3 kelopak mata.

14 February, 2013

KEKUATAN OTAK MANUSIA

FAKTA-FAKTA ILMIAH TENTANG RAHSIA KEKUATAN OTAK MANUSIA








FAKTA 1:

Otak manusia terdiri dari 30 juta saraf neuron ataupun saraf otak yang bekerja dengan dahsyat melebihi kemampuan super computer apapun di dunia ini. Neuron inilah yang bekerja dengan dahsyat menciptakan keajaiban dalam hidup anda.

FAKTA 2:

Memori otak manusia memilki kapasiti 30-70 juta  gigabite (GB) melebihi memory super komputer 

FAKTA 3

Fikiran manusia adalah saling berhubung dengan alam semesta.Didalam psikologi ia juga di takrifkan sebagai UNIVERSAL CONCIOUSNESS (fikiran alam semesta) atau dalam bahasa biologi disebut MORPHOGENETIC FIELD (medan morfogenetika).


FAKTA 4:

Pikiran manusia saling berinteraksi setiap saat tanpa disedari, tetapi sayang dengan cara yang tidak dikawal dan mengakibatkan terjadinya interaksi negatif . Anda dapat mengawalnya untuk tujuan yang positif untuk keuntungan anda.

FAKTA 5:

fikiran manusia sering menjelajah dan boleh mengadakan perhubungan dengan fikiran manusia lain atau disebut juga sebagai Teknik Subjevtive Communication.




Fikiran bawah sedar otak manusia bekerja seperti computer. Fikiran bawah sedar inilah yang  memberi inspirasi, membimbing dan merupakan kilang memori. Fikiran bawah sedar kita mengingat segala sesuatu yang kita lihat, rasakan dan mengalami.Tetapi untuk menterjemahkan kedalam bentuk objek adalah sukar. Menurut penelitian ilmuan sains fikiran bawah sedar kita memiliki kapasiti memori sekitar 70-100 juta  gambar. Ini kerana  semua perasaan kita, emosi dan pengalaman disimpan dalam memori dalam bentuk gambar atau bunyi. Sama seperti komputer mendigitalkan semuanya, otak kita pun sama mendifinasikan apa yang dilihat,didengar dan dirasai dengan bentuk gambaran.


fikiran bawah sedar memiliki kepandaian yang tidak terhingga.Ia membolehkan manusia memperoleh pikiran,sebuah rancangan,rencana, dan konsep baru. pemikiran bawah sedar memberikan kemampuan inovatif kepada manusia sehingga dapat menterjemahkan penemuan-penemuan terbaru.









Tahukah anda

  1. Tahukah anda vitamin pada buah-buahan biasanya terdapat pada kulitnya.
  2. Tahukah anda pendengaran manusia lebih jelas dengan telinga kanan berbanding kiri.
  3. Tahukah anda mata kita mempunyai berat 28gram.
  4. Tahukah anda nama paling popular di dunia adalah Muhammad.
  5. Tahukah anda beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.
  6. Tahukah anda babi tidak berpeluh kerana tidak mempunyai kelanjar perpeluhan.
  7. Tahukah anda sebutir mutiara akan larut jika direndam didalam cuka.
  8. Tahukah anda bayi yang baru lahir mempunyai 350 tulang,ia akan menyatu dan hilang pada usia 5 tahun dan menjadi sebanyak 206 tulang sahaja.
  9. Tahukah anda dalam bahasa inggeris "Naked" bermakna tanpa keselamatan manakala "Nude" adalah bogel.
  10. Tahukah anda purata manusia bergerak didalam tidur adalah 40 kali
  11. Tahukah anda di Itali Mickey Mouse lebih dikenali sebagai "topolino".
  12. Tahukah anda susu mempunyai 450 jenis dan 250 jenis berasal dari Perancis
  13. Tahukah anda "Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwlll" adalah nama sebuah kampung di wales utara,England.
  14. Tahukah anda "Latte" adalah bahasa itali yang bermaksud susu.
  15. Tahukah anda gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari.
  16. Tahukah anda merebus telur burung unta memerlukan masa selama 40 minit.
  17. Tahukah anda "kissaten" adalah kedai kopi didalam bahasa Jepun.
  18. Tahukah anda Sedepa tangan adalah sama dengan tinggi kita.
  19. Tahukah anda bawang putih digosok ditumit kaki akan berbau didalam nafas kita.
  20. Tahukah anda jika kita kehilangan sebelah mata,maka kita akan kekurangan 1/5 daripada  penglihatan kita dan hilang keseluruhan tentang kedalaman sesuatu objek.
  21. Tahukah anda David Sarnoff adalah orang pertama yang menerima isyarat dari kapal Titanic dan berjaya menyelamatkan ratusan nyawa,David akhirnya menjadi ketua penyiaran radio National Broadcasting Company (NBC)
  22. Tahukah anda 25% dari tulang manusia terletak dikaki.
  23. Tahukah anda jika cahaya matahari terpadam,manusia memerlukan masa 8 minit untuk menyedarinya.
  24. Tahukah anda gelaran "quidnunc" adalah untuk seseorang yang menggemari gosip terbaru.
  25. Tahukah anda jika semua emas di lautan dikumpulkan,setiap manusia di dunia mendapat 20kg emas
  26. Tahukah anda nama jeep adalah singkatan dari "GP',bahasa ketenteraan yang bermaksud General Purpose.
  27. Tahukah anda wanita mengelipkan mata 2 kali lebih banyak dari lelaki.
  28. Tahukah anda orang yang menggunakan tangan kanan kira-kira 9 tahun umurnya lebih panjang dari orang yang menggunakan tangan kiri.
  29. Tahukah anda jika kita memelihara ikan mas di dalam tempat yang gelap,warnanya akan berubah menjadi putih.
  30. Tahukah anda landak mempunyai cap jari semirip manusia.

Tahukah Anda



Tahukah anda kenapa lebah menghasilkan madunya melebihi keperluan yang mereka perlukan? Pernahkah Anda tertanya-tanya mengapa sarang lebah berbentuk heksagon, bukan oktagon atau pentagon?Ilmuan matematik yang mencari jawapan  pertanyaan itu mencapai kesimpulan menarik: "Heksagon adalah bentuk geometri paling tepat untuk penggunaan maksimum suatu ruang."Sel berbentuk heksagon memerlukan jumlah lilitan minimum, tetapi mampu menyimpan madu dalam jumlah maksimum. Jadi, lebah menggunakan struktur sarang yang paling tepat...





Tahukah anda mamalia perlu bernafas dengan teratur,ini disebabkan air bukanlah habitat yang tepat untuk mamalia. Namun sebagai mamalia laut,ikan paus mengatasi masalah ini dengan sistem pernafasan yang jauh lebih efisien dibandingkan kebanyakan haiwan di darat.Ikan Paus menghembuskan nafas dengan mengeluarkan 90% udara yang digunanya. Jadi ikan paus hanya perlu bernafas sekali-sekali. Pada masa yang sama, zat pekat yang dimilikinya yang disebut "mioglobin" membantunya menyimpan oksigen dalam otot. Dengan bantuan sistem ini, paus gin-back, misalnya, dapat menyelam hingga kedalaman 500 meter dan berenang selama 40minit tanpa bernafas sama sekali.4 Tidak seperti mamalia darat, lubang hidung ikan paus terletak di punggungnya agar ia mudah bernafas.






Tahukah anda kita selalu berfikir bahawa nyamuk adalah serangga terbang.Sebenarnya, nyamuk menghabiskan tahap perkembangannya di dalam air dan keluar dari air melalui sebuah "rancangan" luar biasa, lengkap dengan seluruh organ yang diperlukan.Nyamuk terbang dengan sistem-sistem penghindraan khusus yang mencium lokasi mangsanya berada. Dengan sistem-sistem ini, nyamuk menyamai pesawat tempur yang bersenjatakan alat pengesan,gas, kelembapan dan bau.Nyamuk juga bahkan mampu "melihat sesuai dengan suhu", yang membantunya menemukan mangsa dalam kegelapan.Teknik "penghisapan darah" pada nyamuk menggunakan sistem yang sangat kompleks. Dengan sistem enam pisaunya, nyamuk memotong kulit seperti gergaji. Saat pemotongan kulit berlaku, dikeluarkannya cecair pada luka yang membuatkan jaringan sel rasa mati, sehingga orang yang digigit tidak menyedari bahawa darahnya sedang diisap.Cecair ini juga mencegah pembekuan darah dan menjamin kesinambungan proses penghisapan.

13 February, 2013

Camfrog 6.4

CAMFROG.COM TELAH MEMPERKENALKAN VERSI TERBARU CAMFROG IAITU CAMFROG VERSI 6.4.KELEBIHAN VERSI TERBARU INI IALAH BOLEH REGISTER MELALUI LOGIN FACEBOOK.

CAMFROG 6.4
SIZE:7.3MB


BUKA DOWNLOAD FOLDER


DOUBLE KLIK SOFTWARE CAMFROG 6.4


KLIK I AGREE-INSTALL



KLIK BUTANG FINISH


KLIK REGISTER ATAS KIRI ATAU LOGIN WITH FACEBOOK
DAH SIAP TEKAN LOGIN CAMFROG


TEKAN BUTANG HOME UNTUK SEARCH ROOM
BOLEH MULA BERCHATTING DAN WEBCAM





BLOG..SUMBER PENDAPATAN?



As-salam wbt..tahukah anda semua apa fungsi laman web/blog ini?Sebenarnya banyak perkara-perkara baik atau menguntungkan boleh kita dapat melalui pembuatan sesebuah laman blog ini.Ada orang buat blog untuk mencurahkan isi hati,ada juga sekadar melepaskan batuk ditangga..ketandusan idea untuk menghasilkan apa-apa sahaja maklumat atau artikel yang bermanfaat untuk diri sendiri hatta audiens..Salah satu fungsi blog adalah untuk mendapatkan sumber pendapatan aktif.Maksudnya disini "buat kerja sekali sahaja tetapi mendapat bayaran tanpa henti"istilah ini sangat sesuai untuk para blogger sekalian.
Macamana hendak buat benda-benda macam ini menjadi realiti?

Pengiklanan Produk menggunakan Blog dan web

Dalam industri pemasaran internet, menghasilkan laman blog adalah salah satu cara yang paling mujarab yang digunakan oleh peniaga internet. Selain daripada saluran lain di mana iklan boleh dilakukan,laman blog juga dilihat sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan senjata pengiklanan..Laman blog menjadi platform buatan sendiri di mana anda boleh mengiklankan dan mempromosikan produk.Dianggap sebagai salah satu cara yang paling efektif dan berkesan tanpa memerlukan modal atau kos yang besar.Ini kerana kita tidak perlu berurusan dengan pihak ketiga atau (third party )untuk memasarkan iklan kita dan mereka bentuk kandungan laman blog kita.

Di zaman sekarang kebanyakkan anak-anak muda sudah pandai mereka bentuk kandungan laman blog sendiri.Dengan teknologi masa kini rasanya tidak perlu kita mengupah pakar designer untuk edit dan setting blog kita.Berkenaan kandungan yang diletakkan ke laman blog, anda mungkin tidak memerlukan seorang penulis untuk meletakkan sesuatu artikel atau berita didalam laman blog anda..Jika anda mempunyai minat untuk menulis apa-apa sahaja artikel mengenai kesihatan,pendidikan,teknologi,hiburan,sains dan sejarah,atau anda boleh menggunakannya sebagai platform mencurahkan idea peribadi anda sendiri.

Sekiranya anda mahu mengoptimumkan trafik laman blog anda dikacamata pembaca dan enjin carian, anda boleh melibatkan diri ke dalam blog ping percuma atau berbayar yang membolehkan setiap kali anda update artikel atau apa sahaja blog anda akan dihantar kepada direct server blog ping itu dan ini membolehkan laman blog anda akan mudah untuk dicari dan mudah juga dijumpai..Laman blog juga sebenarnya sangat berpotensi untuk anda menyasarkan iklan atau perniagaan anda kepada golongan sasar selaras dengan kandungan iklan dan artikel berkaitan didalam laman blog anda....

12 February, 2013

HEADER!!HEADER!!

As-salam......,header korang cantik2 x? ermmm mst cantik kan..ok kalau korang nak reka sendiri header ni aku ada satu software baik punya untuk korang,....aku dapat software ni bila aku blogwalking kat blog seseorang ni,tapi aku xciplak artikel dia ehhhh...cuma ambil software je..tu pun download pakai BerukBand aku sendiri.Ermmm nama software ni xheader..tapi untuk nak install dan run software ni korang kena ada software NET Framework 3.0..haaa kalu xda download  bangat (cepat) kt sini..
Fungsi  NET Framework ni untuk melancarkan lagi perjalanan software Xheader ni..
Dan juga software2 lain yang ada di dalam windows korang.
Ok dah ada NET Framework 3.0 barulah korang download XHEADER kt sini..
Ni gambar ni Xheader kat bawah..
Korang ejaslah header sampai berbuih yea..
As-salam......













CARA NAK TAHU BLOG KITA KENA COPY PASTE

As-salam,
Aku xpandai nak buat tutorial edit2 blog ni pasal aku pon baru belajar berblogging ni.
Nak tulis artikel panas2 pun aku lagi xpandai,aku xnak merepek panjang-panjang
Ok kita kalau buat post/artikel mst fikir gila2 kan nak dapatkan idea,tibe2 orang copy paste post/artikel yang kita buat,korang marah x?
Mesti bengang punya,rasa nk bagi penampar kepit je kan..sabar..sabar..tp aku tgk ada jugak sesetengah blogger yang menghalalkan blogger2 newbie macam aku ni copy-paste blog dia...
Tapi aku xdalah nak copy-paste blog orang,just cedok idea je...heheheehe xsama ke?
Google paling suka kalau artikel/post kita sorang satu,maknanya ayat2 atau keyword dia masing2 xsama antara satu sama lain,begitu juga contains dia xsama,ini memudahkan lagi Search Engine google nak men"rank kan post kita....Kalau semua blogger pakat dok copy-mengcopy baik xpayah bukak blog betul x?
Artikel aku ni harap2 xda la orang copy,hehe gurau je..ok taraaaaaaa....Kalau tuan2 puan2 para blogger semua nak mengenal pasti ada x orang copy-paste blog tuan2 puan ni aku ajarkan cara dia..
Korang bukak link ni yea http://www.copyscape.com...haa kat sini korang boleh check sendiri sama ada artikel korang dah kena ciplak ke belum..
Akhir sekali jadilah SMART blogger bukannya HARD blogger...
Betul x kata korang?.......


Arab Spring: Spekulasi Musa Hassan amat dangkal


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal seorang lagi individu, kali ini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut bermain api untuk berspekulasi bahawa huru-hara seperti Arab Spring akan berlaku apabila ada pihak yang kalah dalam pilihan raya umum nanti.

“Kami kesal kenyataan seperti ini boleh keluar dari seorang yang sepatutnya lebih tahu implikasi dari spekulasi yang tidak bertanggungjawab dan merbahaya ini. Malah ini petanda negara  akan memboleh pihak berkuasa bertindak hanya dengan kenyataan bersifat spekulasi semata-mata,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu kenyataan.

Malah, katanya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak yakin akan berlaku Arab Spring kerana berpendapat bahawa rakyat sudah matang dan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan negara semakin meningkat.

Soalnya, kata Mohd Azmi sejak 12 kali pilihan raya yang terdahulu, pihak pembangkang yang sudah banyak kali kalah dan tidak dapat menumbangkan kerajaan, namun persoalannya  bilakah pernah berlaku huru-hara yang dicetuskan oleh pembangkang yang kalah itu.

Ternyata, ujarnya Musa sebagai orang yang telah lama tahu mengenai keselamatan dalam negeri hanya membuat spekulasi dangkal.

Menurutnya, pada hakikatnya  yang berlaku ialah betapa pihak pembangkanglah yang sering ditekan dan diperlakukan secara paling tidak demokratik dalam pilihan raya, namun maseh tidak ada peristiwa ketegangan berlaku yang beliau katakan itu.

“Kenapa pula Musa kali ini berspekulasi bahawa huru hara akan tercetus?

“Adakah beliau turut mengetahui keputusan yang bakal berlaku ataukah beliau tahu penipuan sedang diatur oleh pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa?” tanya beliau.

Justeru, ujarnya Teras kesal dengan sikap dan kenyataan Musa yang tidak berubah pemikirannya seolah-olah beliau tahu bahawa suatu kejutan akan berlaku dalam PRU13.

“Sekali lagi nampaknya orang seperti beliau berspekulasi bahawa  'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya,” katanya lagi.

Soalnya, tanya Mohd Azmi kenapa pula Musa tidak yakin jika pihak kerajaan yang kalah akan ada pihak yang menggunakan penyokong-penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Sepatutnya, ujar beliau yang dinasihati ialah supaya jentera pengurusan pilihan raya iaitu SPR memastikan plihanraya berjalan secara adil dan bersih.

“Maklumat ini yang sepatutnya dikumpul oleh pihak polis,” katanya.

Menurutnya lagi, Musa kelihatan ghairah untuk mempertahankan ISA walaupun ramai yang menjadi mangsa ketidakadilan akibat undang-undang itu atas nama pencegahan.

 sumber:harakah daily


(psssssssttt sama2 kita hancurkan negara tercinta) betol x?

11 February, 2013

French Online Gaming

2012: A year in casual gaming

Nintendo Game System Release Timeline

Infographic charts Nintendo UK game system release dates, top selling games and system sales figures. Great for any gaming fan!

The Secret Science of Bluffing

Bluffing is a form of deception that is common and essential in Poker as well as many everyday situations. The body unconsciously leaks ‘gestural slips’ (aka “Poker Tells”) so if you know what you are looking for, you stand a better chance of calling your opponents bluff. Lie detection experts can spot deception a mile off and using our guide, you will be able too.

Bingo Around The World

Hollie Steel On BGT


How does the internet work

History of Search Engines

Web Designing from Evolution to Revolution

The Evolution of Ram & Processors

Desktop-Operating-System-Market-Share-As-of-January-2013

Microsoft-windows 8

Is Google Making Us Stupid?

What People Thinks About Life Insurance?

VALENTINE DAY

10 February, 2013

Gian Blog Tapi Nak Tulis Apa? Kongsi Apa?

Assalamualaikum,nak tulis apa yea kat blog ni?
Nilah problem utama yang aku hadapi sebagai Blogger Newbie,aku mmg suka
sangat nak menulis entry ni...Tp aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku tulis...aku tengok budak2 sekolah zaman sekarangpon sukses dalam penulisan blog ni kenapa aku xmampu tulis walau satu pun artikel yang berguna untuk orang ramai..boleh dikatakan kepala hotak aku ni zero tentang blog ni,benda-benda kecik seperti nak delete page pun aku xpandai.Apalagi nak bermain dengan HTML segala memang pecah kepala.
Pada sapa aku nak mintak tolong?Dah 3 hari 3 malam aku pikir nak delete je blog ni
tp takut menyesal kemudian hari pulak.
Rasa malas tibe2 je datang..................................


Koleksi Wallpaper



























































s