TOP PAGES

TRANSLATE

09 February, 2013

Majlis Media Sosial Perlu Ditubuhkan













Shah Alam - Sebuah majlis media sosial perlu ditubuhkan di negara ini bagi membincangkan pelbagai isu dan aspek termasuk berkaitan undang-undang serta penggunaan media berkenaan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
Beliau berkata media sosial bukan sahaja menjadi trend terkini tetapi merupakan satu keperluan kepada masyarakat negara ini.
Sehubungan itu, katanya, majlis berkenaan wajar diwujudkan dengan pembabitan pengamal media sosial yang boleh menjadikan ia sebagai medium untuk membincangkan isu yang relevan.
"Melalui majlis itu, mereka boleh berfikir dan mendalami isu berkaitan masyarakat kita, keselamatan dan tuntutan undang-undang termasuk memberikan pendidikan kepada pelajar sekolah dan universiti," kata Rais.
Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Asian Media Information dan Communication Centre (AMIC)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.
Rais berkata pengguna media sosial seperti Facebook mencatatkan kira-kira 12 juta orang dari pelbagai lapisan umur di negara ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata majlis berkenaan juga boleh memainkan peranan dalam mempastikan kandungan media sosial di negara ini mencerminkan industri kandungan tempatan dan bukan semata-mata bergantung kepada negara lain.
SUMBER:RTM

No comments:

Post a Comment

comment are welcome!!!