NABI SYUIB ALAIHISSALAM
Kaum Madyam, kaumnya
Nabi Syu'ib, adalah segolongan bangsa Arab yang tinggal di sebuah daerah
bernama "Ma'an" di pinggir negeri Syam. Mereka terdiri dari
orang-orang kafir tidak mengenal Tuhan Yang Maha
Esa. Mereka menyembah
kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa
pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka sudah sangat jauh dari
ajaran agama dan pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu'aib a.s. Kemungkaran,
kemaksiatan dan tipu menipu dalam pengaulan merupakan perbuatan dan perilaku
yang lumrah dan rutin. Kecurangan dan perkhianatan dalam hubungan dagang
seperti pemalsuan barang, kecurian dalam simpanan dan penipuan timbangan
menjadi ciri-ciri yang sudah sebati dengan diri mereka. Para pedagang dan
petani kecil selalu menjadi korban permainan para pedagang-pedagang besar dan
para pemilik modal, sehingga dengan demikian yang kaya makin bertambah
kekayaannya, sedangkan yang lemah semakin merosot modalnya dan semakin melarat
hidupnya.
Sesuai dengan sunnah
Allah s.w.t sejak Adam diturunkan ke bumi bahawa dari waktu ke waktu bila
manusia sudah lupakan kepada-Nya dan sudah jauh menyimpang dair ajaran-ajaran
nabi-nabi-Nya, dan bila Iblis laknatullah serta syaitan sudah menguasai sesuatu
masyarakat dengan ajaran dan tuntutannya yang menyesatkan maka Allah s.w.t.
mengutuskan seorang rasul dan nabi untuk memberi penerangan serta tuntutan
kepada mereka agar kembali ke jalan yang lurus dan benar, jalan iman dan tauhid
yang bersih dari segala rupa syirik dan persembahan yang bathil.
Kepada kaum Madyan
diutuslah oleh Allah s.w.t. seorang Rasul iaitu Nabi Syu'aib, seorang daripada
mereka sendiri, sedarah dan sedaging dengan mereka. Ia mengajak mereka
meninggalkan persembahan kepada Aikah, sebuah benda mati yang tidak bermanfaat
atau bermudharat dan sebagai gantinya melakukan persembahan dan sujud kepada
Allah Yang Maha Esa, Pencipta langit dan bumi termasuk sebidang tanah yang
mereka puja sebagai tuhan mereka. Nabi Syu'aib meneyeru kepada mereka agar
meninggalkan perbuatan-perbuatan dan kelakukan-kelakuan yang dilarang oleh
Allah s.w.t. serta membawa kerugian bagi sesama manusia serta mengakibat
kerosakan dan kebinasaan masyarakat. Mereka diajak agar berlaku adil dan jujur
terhadap diri sendiri dan terutama terhadap orang lain, meninggalkan perkhianat
dan kezaliman serta perbuatan curang dalam hubungan dagang, perampasan hak
milik seseorang dan penindasan terhadap orang-orang yang lemah dan miskin.
Diingatkan oleh Nabi
Syu'aib akan nikmat Allah s.w.t. dan kurniaan-Nya yang telah memberi mereka
tanah subur serta suasana kemakmuran yang berlimpah-limpah dengan pertumbuhan
jumlah penduduk dan anak cucu yang pesat. Semuanya itu menurut seruan Nabi
Syu'aib, patut diimbangi dengan rasa bersyukur dan bersembah kepada Allah Maha
Pencipta yang akan melipat gandakan nikmat dan kurnia-Nya kepada orang-orang
yang beriman dan bersyukur. Diingatkan pula Nabi Syu'aib bahawa mereka yang
tidak mahu sedar dan kembali kepada jalan yang benar mengikuti ajaran dan
perintah Allah s.w.t. yang dibawanya, nescaya Allah s.w.t. akan mencabut nikmat
dan kurnia-Nya daripada mereka, bahkan akan menurunkan azabnya atas mereka di
dunia selain seksa dari azab yang menanti mereka kelak di akhirat bila di
bangkitkan kembali dari kubur.
Kepada mereka Nabi
Syu'aib menceritakan seksa dan azab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. terhadap
kaum Nuh, kaum Hud, kaum Saleh dan paling dekat kaum Luth yang kesemua telah
menderita dan menjadi binasa akibat kekafiran, keangkuhan dan keengganan mereka
mengikuti ajaran serta tuntutan nabi-nabi yang diutus Allah s.w.t. kepada
mereka. Diingatkan oleh Nabi Syu'aib agar mereka beriktibar dan ingat bahawa
mereka akan mengalami nasib yang telah dialami oleh kaum-kaum itu jika mereka
tetap melakukan persembahan yang bathil serta tetap melakukan
perbuatan-perbuatan yang buruk dan jahat.
Ejekan dan olok-olok
mrk didengar dan diterima oleh Syu'aib dengan kesabaran dan kelapangan dada. Ia
sesekali tidak menyambut kata-kata kasar mereka dengan marah atau membalasnya
dengan kata-kata yang kasar pula. Ia bahkan makin bersikap lemah lembut dalam
dakwahnya dengan menggugah hati nurani dan akal mereka supaya memikirkan dan
merenungkan apa yang dikatakan dan dinasihatkan kepada mereka. Dan sesekali ia
menonjolkan hubungan darah dan kekeluargaannya dengan mereka, sebagai jaminan
bahawa ia menghendaki perbaikan bagi hidup mereka di dunia dan akhirat dan
bukan sebaliknya. Ia tidak mengharapkan sesuatu balas jasa atas usaha
dakwahnya. Ia tidak pula memerlukan kedudukan atau menginginkan kehormatan bagi
dirinya dari kaumnya. Ia akan cukup merasa puas jika kaumnya kembali kepada
jalan Allah s.w.t., masyarakatnya akan menjadi masyarakat yang bersih dari
segala kemaksiatan dan adat-istiadat yang buruk. Ia akan menerima upahnya dari
Allah s.w.t. yang telah mengutuskannya sebagai rasul yang dibebani amanat untuk
menyampaikan risalah-Nya kepada kaumnya sendiri.
Kaum Syu'aib akhirnya
merasa jengkel dan jemu melihat Nabi Syu'aib tidak henti-hentinya berdakwah
bertabligh pada setiap kesempatan dan di mana saja ia menemui orang berkumpul.
Penghinaan dan ancaman dilontar kepada Nabi Syu'aib dan para pengikutnya akan
diusir dan akan dikeluarkan dari Madyan jika mereka mahu menghentikan dakwahnya
atau tidak mahu mengikuti agama adn cara-cara hidup mereka. Berkata mereka
kepada Nabi Syu'aib dengan nada mengejek: "Kami tidak mengerti apa yang
kamu katakan. Nasihat-nasihatmu tidak mempunyai tempat di dalam hati dan kalbu
kami. Engkau adalah seorang yang lemah fizikalnya, rendah kedudukan dalam pengaulan
maka tidak mungkin engkau dapat mempengaruhi atau memimpin kami yang berfizikal
lebih kuat dan berkedudukan yang lebih tinggi daripadamu. Cuba tidak kerana
kerabatmu yang kami segani dan hormati, nescaya engkau telah kami rejam dan
sisihkan dari pengaulan kami."
Nabi Syu'aib
menjawab: "Aku tidak akan hentikan dakwahku kepada risalah Allah s.w.t.
yang telah diamanahkan kepadaku dan janganlah kamu mengharapkan bahawa aku
mahupun para pengikutku akan kembali mengikuti agamamu dan adat-istiadatmu
setelah Allah s.w.t. memberi hidayahnya kepada kami. Pelindunganku adalah Allah
Yang Maha Berkuasa dan bukan sanad kerabatku, Dialah yang memberi tugas
kepadaku dan Dia pula akan melindungiku dari segala gangguan dan ancaman.
Adakah sanak saudaraku yang engkau lebih segani daripada Allah yang Maha
Berkuasa?"
Sejak berdakwah dan
bertabligh menyampaikan risalah Allah s.w.t. kepada kaum Madyan, Nabi Syu'aib
berhasil menyedarkan hanya sebahagian kecil dari kaumnya, sedang bahagian besar
masih tertutup hatinya bagi cahaya iman dan tauhid yang diajar oleh beliau.
Mereka tetap berkeras kepala mempertahankan tradisi, adat-istiadat dan agama
yang mereka warisi dari nenek moyang mereka. Itulah alasan mereka satu-satunya
yang mereka kemukakan untuk menolak ajaran Nabi Syu'aib dan itulah benteng
mereka satu-satunya tempat mereka berlindung dari serangan Nabi Syu'aib atas
persembahan mereka yang bathil dan adat pengaulan mereka yang mungkar dan
sesat. Di samping itu jika mereka sudah merasa tidak berdaya menghadapi
keterangan-keterangan Nabi Syu'aib yang didukung dengan dahlil dan bukti yang
nyata kebenaran, mereka lalu melemparkan tuduhan-tuduhan kosong seolah-olah
Nabi adalah tukang sihir dan ahli sulap yang ulung. Mereka telah berani
menentang Nabi Syu'aib untuk membuktikan kebenaran risalahnya dengan
mendatangkan bencana dari Allah s.w.t. yang ia sembah dan menganjurkan orang
menyembah-Nya pula.
Mendengar tentangan
kaumnya yang menandakan hati mereka telah tertutup rapat-rapat bagi sinar agama
dan wahyu yang ia bawa dan bahawa tiada harapan lagi akan menarik mereka ke
jalan yang lurus serta mengangkat mereka dari lembah syirik dan kemaksiatan
serta pergaulan buruk, maka bermohonlah Nabi Syu'aib kepada Allah s.w.t. agak
menurunkan azzab seksanya kepada kaum Madyan bahawa wujud-Nya serta menentang
kekuasaanNya untuk menjadi ibrah dan peringatan bagi generasi-generasi yang
mendatang.
Allah Yang Maha
Berkuasa berkenan menerima permohonan dan doa Syu'aib, maka diturunkanlah lebih
dahulu di atas mereka hawa udara yang sangat panas yang mengeringkan
kerongkongan kerana dahaga yang tidak dapat dihilangkan dengan air dan membakar
kulit yang tidak dapat diubati dengan berteduh di bawah atap rumah atau
pohon-pohon. Di dalam keadaan mereka yang sedang bingung, panik berlari-lari ke
sana ke mari, mencari perlindungan dari terik panasnya matahari yang membakar
kulit dan dari rasa dahaga kerana keringnya kerongkong tiba-tiba terlihat di
atas kepala mereka gumpalan awan hitam yang tebal, lalu berlarilah mereka ingin
berteduh dibawahnya. Namun setelah mereka berada di bawah awan hitam itu seraya
berdesak-desak dan berjejal-jejal, jatuhlah ke atas kepala mereka percikan api
dari jurusan awan hitam itu diiringi oleh suara petir dan gemuruh ledakan
dahsyat sementara bumi di bawah mereka bergoyang dengan kuatnya menjadikan
mereka berjatuhan, tertimbun satu di bawah yang lain dan melayanglah jiwa
mereka dengan serta-merta.
Nabi Syu'aib merasa
sedih atas kejadian yang menimpa kaumnya dan berkata kepada para pengikutnya
yang telah beriman: "Aku telah sampaikan kepada mereka risalah Allah
s.w.t., menasihati dan mengajak mereka agar meninggalkan perbuatan mungkar
serta persembahan bathil mereka dan aku telah memperingatkan mereka akan
datangnya seksaan Allah s.w.t. bila mereka tetap berkeras hati, menutup telinga
mereka terhadap suara kebenaran ajaran-ajaran Allah s.w.t. yang aku bawa, namun
mereka tidak menghiraukan nasihatku dan tidak mempercayai peringatanku.
Kerananya tidak patutlah aku bersedih hati atas terjadinya bencana yang telah
membinasakan kaumku yang kafir itu.'
Kisah Nabi Syu'aib
dikisahkan oleh Al-Quran dalam 39 ayat pada 4 surah, di antaranya surah
"Asy-Syu'ara" ayat 176 sehingga 191 sebagai berikut :~
176. Kaum Aikah telah mendustakan rasul-rasul.
177. Ketika Syu'aib berkata kepada mereka:
"Mengapa kamu tidak bertakwa?"
178. Sesungguhnya aku adalah seorang rasul
kepercayaan.
179. maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah
kepadaku.
180. dan aku sesekali tidak meminta upah
kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.
181. Sempurnakanlah tukaran dan janganlah kamu
termasuk orang-orang yang merugikan.
182. dan timbanglah dengan timbang yang lurus.
183. Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya
dan janganlah kamu bermaharajalela di bumi dengan membuat kerusakan.
184. Dan bertakwalah kepada Allah yang telah
menciptakan kamu dan umat-umat yang terdahulu.
185. Mereka berkata: "Sesungguhnya kamu
adalah seorang daripada orang-orang yang kena sihir.
186. Dan kamu tidak lain melainkan seorang
manusia seperti kami dan sesungguhnya kami yakin bahawa kamu benar-benar
termasuk orang-orang yang berdusta.
187. Maka jatuhkanlah atas kami gumpalan dari
langit jika kamu termasuk orang-orang yang benar.
188. Syu'aib berkata: "Tuhanku lebih
mengetahui apa yang engkau kerjakan".
189. Kemudian mereka mendustakan Syu'aib lalu
mereka ditimpa azab pada hari mereka dinaungi awan.
190 Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda {kekuasaan Allah} tetapi kebanyakan mereka tidak
beriman.
191. Dan Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Penyayang." {
Asy-Sua'ara : 176 ~ 191 }
Surah "Hud"
ayat 84 sehingga ayat 95 sebagai berikut :~
84. Dan kepada {penduduk} Madyan {Kami utus}
saudara mereka Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku sembahlah Allah
sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Dan janganlah kamu kurangi sukatan
dan timbangan sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik {mampu} dan
sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan {kiamat}.
85. Dan Syu'aib berkata: "Hai kaumku
cukupkanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu merugikan
manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka
bumi dengan membuat kerosakan.
86. Sisa {keuntungan dari Allah adalah lebih
baik bagimu jika kamu adalah orang-orang yang beriman}. Dan aku bukanlah
seorang penjaga atas dirimu."
87. Mereka berkata: "Hai Syu'aib apakah
sembahyangmu menyuruh kami agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh
bapa-bapa kami atau melarang kami membuat apa yang kami kehendaki tentang harta
kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal."
88. Syu'aib berkata: "Hai kaumku bagaimana
fikiranmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan anugerahi-Nya
aku daripada-Nya rezeki yang baik {patutlah aku menyalahi perintah-Nya}? Dan aku
tidak mahu menyalahi kamu {dengan mengerjakan} apa yang aku larang kamu
daripadanya. Aku tidak bermaksud kecuali {mendatangkan} kebaikan selama aku
masih bersanggupan. Dan tidak apa taufik bagiku melainkan dengan {pertolongan}
Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nyalah aku kembali.
89. Hai kaumku janganlah hendaknya pertentangan
antara ku {dengan kamu} menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab
seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Saleh sedang kaum Luth
tidak {pula} jauh {tempatnya/masanya} dari kamu.
90. Dan mohonlah ampun daripada Tuhanmu
kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha
Pengasih."
91. Mereka berkata: "Hai Syu'aib? Kami
tidak banyak mengetahui tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami
benar-benar melihat kamu adalah seorang yang lemah di antara kami kalaulah
tidak kerana keluargamu tentulah kami akan merejam kamu sedang kamu pun
bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami."
92. Syu'aib menjawab: "Hai kaumku! Apakah
keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah sedang Allah kamu
jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya {pengetahuan} Tuhanku
meliputi apa yang kamu kerjakan."
93. Dan {dia berkata}: "Hai kaumku
perbuatlah menurut kemampuanmu sesungguhnya aku pun berbuat {pula}. Kelak kamu
akan mengetahui siapa yang akan kedatangan azab yang menghinakannya dan siapa
yang berdusta. Dan tunggulah azab {Tuhan}. Sesungguhnya aku pun menunggu bersama
kamu."
94. Dan tatkala datang azab Kami, Kami
selamtkan Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengan dia dengan
rahmat dari Kami dan orang-orang yang zalim dibinasakan oleh suatu suara yang
mengguntur lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya.
95. Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di
tempat itu. Ingatlah kebinasaanlah bagi penduduk Madyan sebagaimana kaum Tsamud
telah binasa."
{ Hud : 84 ~ 95 }
Surah
"Al-A'raaf" ayat 85 sehingga 93 sebagai berikut :~
85. Dan {Kami telah mengutuskan} kepada
penduduk Madyan saudara mereka Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku! sembahlah
Allah, sesekali tiada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang
kepadaku bukti yang nyata dari Tuhanmu. Maka sempurnakanlah sukatan dan
timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang sukatan dan
timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan
memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang
yang beriman".
86. Dan janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan
dengan menakut-nakuti dan menghalang-halangi orang yang beriman dari jalan
Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu menjadi bengkok. Dan ingatlah di
waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit kemudian di perbanyak {oleh Allah}. Maka
perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan.
87. Jika ada segolongan daripada kamu beriman
kepada apa yang aku diutus untuk menyampaikannya dan ada pula segolongan yang
tidak beriman, maka bersabarlah sehingga Allah menerapkan hukuman-Nya di antara
kita dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya.
88. Pemuka-pemuka daripada kaum Syu'aib yang
menyombongkan diri berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai
Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami atau kamu kembali
kepada agama kami." Berkata Syu'aib: "Dan apakah {kamu akan mengusir
kami}, meski pun kami tidak menyukainya?"
89. Sungguh kami mengada-adakan kebohongan yang
besar terhadap Allah, jika kembali kepada agamamu, sesudah Allah melepaskan kami
daripadanya, Dan tidaklah patut kami kembali kepadanya, kecuali jika Allah ,
Tuhan kami menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu.
Kepada Allah sajalah kami bertawakkal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara
kami dan kaum kami dengan hak {adil} dan Engkaulah Pemberi keputusan yang
sebaik-baiknya".
90. Pemuka-pemuka kaum Syu'aib yang kafir
berkata {kepada sesamanya}: "Sesungguhnya jika kamu mengikuti Syu'aib,
tentu kamu jika berbuat demikian {menjadi} orang-orang yang merugi".
91. Kemudian mereka ditimpa gempa, maka jadilah
mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di dalam rumah-rumah mereka.
92. {iaitu} orang-orang yang mendustakan
Syu'aib seolah-olah mereka belum pernah berdiam di kota itu, orang-orang yang
mendustakan Syu'aib mereka itulah orang-orang yang rugi.
93. Maka Syu'aib meninggalkan mereka seraya
berkata: "Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu
amanat-amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepadamu. Maka bagaimana
aku akan bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir."
{ Al-A'raf : 85 ~ 93 }
Dan surah
"Al-Hijr" ayat 78 sehingga 79 sebagai berikut :~
78. "Dan sesungguhnya penduduk Aikah itu
benar-benar kaum yang zalim.
79. Maka Kami membinasakan mereka. Dan
sesungguhnya kedua kota itu {Aikah dan Sadum kota kaum Luth} benar-benar
terletak di jalan umum yang terang."
{
Al-Hijr : 78 ~ 79 }
No comments:
Post a Comment
comment are welcome!!!